Ad Code

Homestay Alai


Penguasaha serta pemilik Homestay Alai ialah En. Zainal Bin Hj Smail. Merupakan seorang bekas pesara tentera. Setiap rekabentuk yang terdapat di Homestay ini diilhamkan dan dibina sendiri oleh pengusaha Homestay ini sendiri.

Lokasi Homestay terletak kira-kira 7.6 km dari pusat Bandaraya Melaka yang hanya mengambil masa 15minit melalui Lebuhraya AMJ. Iaitu berdekatan dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Medan Selera Ikan Bakar Umbai, Jusco EON Melaka, Tesco, Melaka Centrel dan pelbagai lagi tempat yang menarik.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang menginap di Homestay Alai ini seperti melawat rumah tradisional, melawat perusahan kuih tradisional, melawat kipas padi tradisional, mengikuti aktiviti memancing, menghayati kehidupan nelayan, bahkan pengunjung boleh juga mengadakan sendiri aktiviti BBQ dimana setiap peralatan seperti cawan, pinggan, serta tempat membakar turut disediakan oleh pihak kami.


Pihak kami juga turut menyediakan pakej untuk sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam (masakan ala kampung Negeri Melaka) jadi bagi mereka yang ingin merasai dan menikmati makanan Negeri Melaka bolehlah menginap di Homestay Alai ini.

Alamat:

DI 763-2, BATU 4 3/4 LORONG SENTOSA 4,
KAMPUNG ALAI, 75460 MELAKA. 

Hubungi:

EN ZAINAL (016-6631960) atau CIK HIDAYU (013-6524963) 

Post a Comment

0 Comments

Ad Code