Ad Code

Terma dan Syarat Kereta Sewa

 

Tempoh Minima Sewa Kereta

1       Tempoh minimum sewa kereta adalah 24 jam. Tiada tempoh maksimum sewaan

Dokumen Yang Perlu Disediakan Oleh Penyewa

1       Salinan MyKad penyewa kereta.

2       Salinan lesen memandu penyewa yang sah & belum tamat tempoh.

3       Salinan kad pengenalan rujukan (contoh: isteri, suami, saudara, adik dll).

4       Bil utiliti tempat tinggal yang asal untuk pengesahan alamat (contoh: Astro, TNB, dll).

5       Dokumen-dokumen ini hendaklah di hantar melalui whats app terlebih dahulu.



Pembayaran

1  Jumlah keseluruhan kadar sewa termasuk dengan deposit keselamatan perlu dijelaskan sebelum/ketika mengambil kereta sewa. Bayaran boleh dijelaskan melalui online banking, ATM ataupun secara tunai.

2   Kadar bayaran deposit keselamatan bergantung kepada jenis kereta sewa & masa/tempoh penyewaan. Semua wang deposit keselamatan akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila kereta sewa dipulangkan kepada kami dalam keadaan yang baik dan bebas daripada saman trafik atau saman parking.

3    Untuk tempahan awal, penyewa perlu membayar duit tempahan sebanyak RM50 sebagai “tanda jadi”.

4    Untuk pemulangan lewat, setiap jam yang berikutnya akan dikenakan bayaran tambahan minimum RM15/jam.

Syarat Pemandu Yang Menyewa Kereta

1   Mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh. Hanya pemandu yang mempunyai lessen penuh atau lessen P boleh menyewa kereta dari kami.

2     Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai akal yang waras.

3   Penyewa yang menempah kenderaan perlu datang ketika ambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.

4     Sebagai langkah tambahan kami akan mengambil gambar anda ketika mengambil kereta.   

Saman

1  Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.

Kadar Harga Penghantaran & Ambil Kereta Sewa

1   Jika ingin servis penghantaran/ambil kereta sewa di lokasi anda, cas delivery akan dikenakan & jumlahnya adalah bergantung kepada lokasi.

2     Kami tidak menyediakan penghantaran PERCUMA.



Syarat dan Larangan Ketika Menyewa Kereta

1    Dilarang menggunakan kereta sewa melakukan aktiviti jenayah atau yang melanggar undang-undang Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.

2   Penyewa dilarang mengubah suai keadaan kenderaan atau mencuri aksesori kereta yang disewa. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.

3    Penyewa dilarang menghisap rokok atau membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada deposit keselamatan.

4     Penyewa dilarang sama sekali dari menyewakan atau meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).

5     Kereta sewa ini tidak dibenarkan di bawa keluar dari Semenanjung Malaysia.

6  Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, cas minimum (RM50.00) atau maksimum (RM3,000.00) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.

7   Sekiranya anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma ini.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code