Ad Code

Masjid Cina Melaka di Krubong, Melaka






Keseluruhan konsep seni bina masjid itu diilhamkan daripada seni bina di negara China yang didapati daripada kajian masjid serta seni bina di sekitar Beijing, Shanghai dan Xian.

Kerja-kerja pembinaan masjid dilaksanakan menerusi dua fasa melalui peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM5.9 juta manakala RM1.6 juta lagi menerusi dana dan sumbangan pelbagai pihak,
  
Masjid yang akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Melaka (Maim) itu mampu memuatkan kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.
 
Masjid Cina Muslim yang pertama di Melaka dan ketiga di negara itu akan dijadikan sebagai satu daripada produk pelancongan di samping menarik masyarakat Cina lain mendekati dan memahami Islam, katanya.
  
Masjid itu berteraskan dua kubah dan menara besar dengan dua pintu gerbang serta bumbung berlapis, manakala ruang jemaah pula berkonsepkan pengudaraan semula jadi dan ruang saf yang cukup luas untuk menampung masyarakat Muslim menunaikan solat.

Mula beroperasi pada hari 29 Syaaban 1435 H bersamaan 27 Jun 2014 dan Solat Jumaat pertama telah diadakan pada 06 Ramadhan 1435H bersamaan 04 Julai 2014M.

Masjid Cina dibina di atas keluasan tanah 2.4 hektar yang terletak dalam Mukin Krubong berhampiran Stadium Hang Jebat, Melaka

Post a Comment

0 Comments

Ad Code