Merupakan antara tempat menarik diMelaka yang sering
dikunjungi pelancong. Muzium ini terletak di Jalan Kota, berhadapanibu pejabat
Polis Pelancong dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari TheStadthuys.
Muzium ini terletak di bangunan tiga tingkat yang dibina pada tahun1850 dan
telah diwartakan sebagai antikuiti dibawah Akta Antikuiti 1976.
Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran yang mempunyai
temanya yang tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi
kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga
menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India,
negara-negara Arab dan Asia Tenggara.
Terdapat juga kitab suci Al-Quran yang bersaizbesar dimana
setiap hurufnya adalah sebesar empat hingga lima inci. Selain itu terdapat
salinan Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan Al-Quran yang ditulis
tangan.Terdapat juga buku-buku yang diterbitkan mengenai Islam dipamerkan di
muziumini.
Di salah satu ruang pameran, terdapat artifak Islam seperti
kotakmempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling
dansenjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.
0 Comments