Saujana Asahan telah mula beroperasi pada tahun 2004 dan
terletak di kaki Gunung Ledang. Tujuan utama Saujana Asahan ini dibangunkan
semula adalah untuk mewujudkan sebuah pusat latihan yang baik dan serba lengkap
bagi menampung keperluan program motivasi dan membina semangat atlit.
Selain itu juga kewujudan Saujana Asahan ini memberi pilihan
yang terbaik untuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan, persatuan sekolah dan
individu mengadakan seminar dan kursus dengan kemudahan dan perkhidmatan yang
sempurna.
Kedudukan Saujana Asahan yang terletak jauh dari keriuhan
kota, membolehkan pengunjung menghirup udara segar dan nyaman disamping
menikmati ketenangan tasik dan keindahan alam semulajadi dengan suasana penuh
kehijauan berlatar belakang gunung lagenda yang penuh mistik dan rahsia iaitu
Gunung Ledang. Pasti ia menjanjikan kedamaian kepada para pengunjung.
0 Comments