Ayer Panas Gadek |
Kolam Air Panas Gadek terletak 25 km dari Bandar Melaka
menerusi laluan ke Tampin. Kolam Air Panas yang telah diberi wajah baru ini turut
dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik persalinan dan
tandas.
Kolam Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka dan
sesuai dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa resort atau dalam perjalanan
ke pekan Tampin atau Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira
10 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30
km.
Kolam Air Panas Gadek
di sini juga menjadi pilihan utama keluarga atau pengunjung untuk meluangkan
masa lapang atau sewaktu cuti hujung minggu.
Kewujudan kolam air
itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek
'menyiasatnya' selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British
tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut.
Keadaan ini
membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi
terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British
merawat penyakit.
Selepas Tanah Melayu
bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai
khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah.
Dilengkapi dengan dua
buah kolam utama dan lapan buah kolam mini, pengunjung hanya dikenakan bayaran
RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.
Jika dahulu kolam ini
hanya beroperasi pada pukul 7 petang hingga 12 tengah malam, tetapi kini, waktu
beroperasinya dilanjutkan 24 jam.
Sejak ia diswastakan
pada 2002, pengurusan Kolam Air Panas Gadek diambil alih daripada Perbadanan
Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) oleh Arus Rahmat Sdn. Bhd.
Sejak 2008, kerja
naik taraf kolam ini sudah dipertingkatkan.
Sekarang, pengunjung
bukan sahaja boleh menikmati dua kolam di kawasan asal kolam tersebut bahkan
boleh mandi di dalam dua buah kolam air panas utama di kawasan berkenaan.
Bayaran masuk:
Dewasa : RM 5.00 (13
tahun dan ke atas)
Kanak-kanak : RM 3.00 (6 hingga 12 tahun)
5 tahun ke bawah PERCUMA
Waktu Operasi: 24 Jam Setiap Hari
0 Comments