“Setelah beberpa hari berjalan menuju ke Muar, pada
pada satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu
dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu berhenti di
situ. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Kata
baginda kepada Sang Sura dan Seri Nara Diraja, berjaga-
jagalah kita di sini sehari dua, beta rasa dinda beta Tun
Teja harus telah sampai saatnya.”
Kawasan yang di maksudkan itu ialah kawasan Pengkalan Samak,
Merlimau yang sekarang. Di kawasan inilah angkatan Sultan Mahmud singgah
sebelum meneruskan perjalanannya ke Muar. Kawasan ini terletak berhanlir dengan
laut. Dahulu kira-kira 20-30 meter sudah sampai ke tepi pantai. Kini pantai
sudah jauh ke laut, kira-kira 100 meter dari Pengkalan Samak. Kampung ini
disebut sebagai Kampung MENTEJA.
Tun Teja direhatkan di atas sebuah hamparan khas. Sumber
sejarah melaporkan”
“Setelah Tun Teja dipindahkan di atas hamparan dengan
dikelilingi oleh isteri-isteri baginda yang lain, Sultan Mahmud duduk hampir
dengan Tun Teja.tiba-tiba Tun Teja yang telah beberapa hari tidak berkata-kata
memandang baginda dan dan dengan suara perlahan-lahan cuba hendak menyamaikan permintaan
kepada baginda tetapi sia-sia kerana suaranya tidak kedengaran lagi………..
kemudian gerak bibirnya berhenti. Masa itu Sultan Mahmud pun tahulah isterinya
telah meninggal dunia ..”
Sultan Mahmud merahap isteri kesayangannya sambil menangis
terisak-isak. Berita kemangkatan Tun Teja diterima oleh seluruh angkatan Sultan
dengan penuh kedukacitaan.
Setelah itu Sultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara
Diraja, Sang Sura dan ahli kelurganya bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja
ke Muar, sedangkan perjalanan sangat jauh dan makan masa beberapa hari.
Setelah berbincang mereka bersetuju yang Tuan Teja hendaklah
dimakamkan ditempat itu juga (Pengkalan Samak, Merlimau) dengan alasan Muar
masih jauh, perjalanan makan masa 4 atau 5 hari, tidak ada kemudahan
menyelamatkan jenazah yang mungkin menjadi terlalu uzur dan tidak menyiksa
mayat. Semua bersetuju dimakamkan di kawasan itu.
Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu
0 Comments